Pages

Saturday, January 27, 2018

Bersangka Baik Untuk Jadi Orang Baik-Baik

Suatu pagi sabtu itu di Bandar Puteri Puchong, suram. Hujan semalaman. Suasana masih lengang pada jam tujuh. Manusia masih belum lagi bangun agaknya. Namun, dua kedai mamak di bawah hotel mula dikunjungi pelanggan. Pelbagai bangsa. Ada India, Cina dan Melayu. Tidak ketinggalan Indonesia dan Myanmar.

Hotel marhaen yang aku tumpangai tidak menyediakan sarapan. Aku berkira-kira membeli nasi lemak yang diidam Pn. Nurul di kedai mamak di bawah. Masuk ke kedai mamak pertama, tiada nasi lemak. Hanya makanan India Selatan yang kelihatan.

Lalu, aku berjalan ke kedai mamak bersebelahan. Ada nasi lemak. Baunya wangi. Ayam gorengnya memikat. Namun, ia belum memikat hati aku untuk membelinya.

Aku keluar, berjalan beberapa blok dari situ. Berselisih dengan sekumpulan anjing yang sedang menikmati pagi. Berselisih juga dengan beberapa pekerja pasaraya berhampiran yang bersedia memulakan pagi bagi melangsungkan kehidupan.

Tidak jauh, sebuah kedai makan Cina penuh pelanggan. Ala-ala kopitiam. Aku sekadar menjeling sahaja. Di sebelah blok kedai makan cina itu, ada satu lagi kedai mamak. Hanya sepertiga penuh. Barangkali sebab ada tiga kedai mamak di kawasan yang sama, lalu pelangganya terbahagi.

Aku terus berjalan. Menghampiri hujung blok. Lalu aku terlihat sebuah gerai kecil, di hadapan bangunan besar. Ada seorang makcik setia menunggu pelanggan. Aku hampiri gerai itu. Gerai itu menjual nasi lemak dengan pelbagai lauk. Juga, ada mee goreng.

Aku kira, aku pelanggan pertama. Nasi dan mee masih belum luak. Lauknya juga belum luak.
Terus aku pesan nasi lemak dengan ayam goreng sebungkus untuk Pn. Nurul. Perut aku masih penuh sebab baru sahaja menikmati roti dan susu coklat sebelum turun tadi.

Nasi lemak ayam goreng itu harganya RM5.50. Aku menghulur RM50 sekeping. Makcik itu membalas dengan loghat Indonesia, " Ada uang kecil? Tauke saya belum kirim uang tukar."

Aku hulur pula RM20. Bahagian duit Baby Needs Shop. Ya, aku memang asingkan duit jualan dan duit peribadi aku. Kiranya aku pinjam RM20 duit jualan aku.

Makcik itu membalas pula "Ada uang lebih kecil? Saya ngak ada tukarannya".

Aku diam. Fikir. Pada masa yang sama, ada seorang kakak membeli sebungkus mee goreng.

Aku kata kepada makcik itu. "Kira sekali mee goreng kakak ni. Cukup tak bakinya."
Makcik itu menggeleng dan berkata "Masih belum cukup."

Lalu, aku tinggalkan RM20 kepada makcik itu. Aku berjanji akan kembali untuk menuntut bakinya pada jam 9.30 nanti. Kebetulan aku akan ada janji temu di bangunan di hadapan gerai itu.

Aku sekadar bersangka baik. Jika makcik itu lupa ataupun balik awal. Aku halalkan sahaja.
Aku balik ke hotel marhaen membawa nasi lemak untuk Pn. Nurul. Beliau, seperti biasa, makan dengan berselera. 9.15 pagi kami selesai bersiap lalu turun dan menuju ke bangunan di hadapan gerai nasi lemak untuk janji temu dengan berkenderaan.

Aku letak kendaran sangat hampir dengan gerai itu. Ia masih ada. Makcik itu masih ada. Beliau senyum kepada aku bila aku turun dari kereta. Aku menghampirinya, dan beliau menyerahkan bakinya dalam gulungan yang diikat tanpa berkata apa-apa.

Begitulah kawan. Sekeliling kita ramai orang yang baik-baik. Kita hanya perlu bersangka baik. Lalu, yang baik-baik akan datang kepada kita.

Tuesday, January 16, 2018

Cara Menjadi Jutawan Pada Usia 35 Tahun Dengan ASB

If you born poor, it’s not your mistake, But if you die poor, it’s your mistake - Bill Gates

Ok, hari ini Abang nak kongsi kehebatan compounding. Nanti ada pula yang merungut kata Abang kedekut ilmu. Abang ingat semua orang sudah tahu perkara ini, rupanya masih ramai yang tak tahu. Jadi Abang pun kongsi kepada kau.

Topik ini mesti tak ramai orang suka baca sebab fitrah manusia hidup nak berseronok. Abang pun macam tu juga. Tapi fikir-fikirkanlah masa tua kita dan masa depan anak kita.

Dua screenshots di bawah ni Abang tunjukkan kehebatan compounding dan kalau dari awal kau menyimpan, sikit sahaja modal yang diperlukan untuk duit kau membiak. 

Contoh di bawah ni takde kena mengena dengan Abang. Kau jangan memandai-mandai nak kata ini situasi sebenar yang Abang buat. Abang bagi contoh sahaja.

Ok, kalau ada rezeki lebih, bila anak kau lahir, selepas 6 bulan, pergi la buka akaun ASB 1 & ASB 2 di mana-mana agen PNB. Masukkan dalam akaun anak kau RM100k. Selepas 35 tahun, Insya Allah anak kau jadi jutawan. 



Kalau tiada RM100k, masukkan lah permulaan RM5k, dan setiap bulan RM500 tanpa gagal dalam akaun anak kau. Tapi, dividen jangan usik langsung, biar sahaja dalam akaun tu. Seronokkan kalau dapat tengok anak kita bergelar jutawan; dan paling penting, tak la menyusahkan kita kemudian hari.



Nanti mesti ada  malaun-malaun yang cakap, 35 tahun akan datang, RM1 juta takde benda rasa,  kena telan dek inflasi katanya. Jangan sembang lebat la kau cakap pada dia. Kalau tahun 2018 pun takde saving RM100k tunai. Kalau tak mampu ikut dua cadangan di atas, bolah buat pinjaman ASB (ASBF), pandai-pandai la kau olah.

Tapi andai kata kau tiada  modal seperti di atas, jangan risau, mari datang jumpa Abang, kita menangis sama-sama. Abang ada ilmu ASBF percuma untuk kongsi dengan kau. Kalau ilmu percuma kau tak nak, baik kau meninggal je.

Ilmu yang Abang nak bagi ni, Abang dapat dari tok guru Abang, Ahmad Khairani Hashim dan dia amanahkan untuk Abang kongsi secara percuma. Kalau ikutkan hati Abang, baik Abang main Motorsport je, tapi sebab dia bising cakap Abang selfish. Lalu, Abang pun bersemangat la nak kongsi dengan kau. 

Tapi untuk 3 minggu ni, Abang memang takde masa. Ada kekangan kerja. Atau kau bole stalk FB tok guru Abang ni untuk dapatkan contact person.

Jangan kau sangka Abang nak suruh kau join MLM atau mana-mana skim. Boleh tanya kawan-kawan Abang yang abang dah kongsi ilmu ASBF ni, ada tak Abang suruh masuk mana-mana skim atau paksa diorang beli apa-apa barang dengan Abang.
-----
p/s:
1. Post ini dirembat dengan izin dari Facebook Mohd Hazree Hashim. Boleh follow beliau
2. Boleh follow juga Facebook Ahmad Khairani Hashim, untuk belajar banyak tips pengurusan kewangan dengn ASB.
3. Boleh baca kemahiran ASB di http://kentzigebruang.blogspot.my/

Monday, January 15, 2018

Lost In Sekutland



Aku kenal Irwan Dahnil ni lama dah. Aku rasa masa tahun 2010. Dia ada jual e-book SMS Marketing kalau tak silap aku. Dan aku jadi agen affiliate e-book itu.

Walaupun aku kenal beliau, aku tak rasa beliau kenal aku. Macam aku kenal Najib Razak. Kau pun mesti kenal Najib Razak. Tapi, belum pasti Najib Razak kenal kau kan?

Kalau kau merasakan buku ini adalah buku travelog yang biasa, kau silap. Buku ini bukan travelog. Buku ini lebih kepada pengalaman penulis tinggal di Scotland.

Ini buku keempat seumpama ini yang aku baca. Aku pernah baca trilogi tulisan Mohd Fudzail Mohd Nor. Kisah seorang anak Felda Keratong yang menyambung pengajian di New Zealand. Trilogi travelog itu diceritakan dalam bentuk novel.

Menariknya buku Lost in Sekutland ini pula, ia merupakan catatan ringkas dan tips untuk menetap di luar negara. Kau boleh baca dalam keadaan santai. Ayatnya tidak kompleks. Ringkas sahaja. Anak kau yang darjah dua pun aku percaya boleh membaca buku ini dengan baik.

Aku tidak berhasrat untuk membocorkan sedikit kandungan buku ini. Elok kau dapatkan sendiri. Aku malas nak taip dah ni sebenarnya. Aku beli buku ini di Kedai Buku SMO.

Oh ya, sebelum penamat post ini, kau boleh follow Irwan Dahnil ni. Dia ada buat servis semacam pemandu pelancong di Eropah. Kalau kau ada duit lebih atau nak tambah pengalaman, boleh PM terus beliau untuk melancong secara santai ke Eropah.

Aku ada cadang juga nak pergi melancong ke sana. Tapi, aku marhaen, duit sikit, jadi aku share sahaja info ini kepada kau yang kaya. 
---
p/s:
1. Post ni aku rembat dari page Bacalah
2. Boleh baca catatan kembar penulis di http://www.irwandahnil.com/

Monday, January 08, 2018

Kunang Pesisir Morten

Lama aku perasan buku ini di kedai-kedai buku. Banyak juga komen-komen positif mengenai buku ini. Tapi, aku masih tak tergerak hati untuk membeli.

Setelah dua tahun buku ini di pasaran, akhirnya aku beli buku ini. Kesimpulannya , ini novel sedap.
Kisah ini mengenai Diya, budak perempuan 9 tahun, yang diceritakan oleh Adi. Cerita berlatar belakangkan Kampung Morten di pesisir Sungai Melaka pada tahun 1980-an.

Ini cerita bagaimana budak berumur 9 tahun merapatkan jurang kaum dan kampung.

Ini cerita bagaimana budak berumur 9 tahun berusaha gigih mendapatkan apa yang dihajatinya.

Ini cerita bagaimana budak 9 tahun lebih berhati mulia berbanding orang dewasa yang pendek akal.

Ini cerita bagaimana budak 9 tahun ada kebolehan menyelesaikan misteri dan masalah.

Ini bukan sembarangan cerita pasal budak 9 tahun. Ini cerita yang sedap pasal budak 9 tahun.

Banyak kedai buku yang dah tak jual buku ini. Stok habis. Tapi, cuba kau tengok pautan ini, manalah tahu ada stok lagi di atas talian.
http://bit.ly/KunagPesisirMorten

Itupun kalau kau nak baca buku ini. Kalau tak, kau tutup terus blog ini dan teruskan kehidupan kau macam biasa

.

Thursday, January 04, 2018

Eddlee Fried Chicken Kota Bharu

Ini persinggahan terakhir dalam percutian pendek ke Kelantan. Aku dan Pn. Nurul memutuskan untuk berhenti sahaja mana-mana kedai makan.

Ditakdirkan kereta aku berhenti di kedai ini. Sangkaan awal, kedai ini menjual nasi ayam. Sangkaan meleset. Kedai ini menjual ayam goreng dan yang seangkatan dengannya sahaja.

Mulanya kami terasa ingin mencari kedai lain. Tapi, sudah menjadi rezeki kami, kami terus memesan makanan di sini.

Pn. Nurul pesan ayam goreng dua ketul. Harga seketul hanya RM2.70 sahaja.

Aku pula pesan chicken chop beserta kentang goreng dan kentang putar. Hanya RM7 sahaja.

Chicken chop dia memang besar. Buat pertama kali dalam sejarah perkahwinan kami, aku meminta Pn. Nurul habiskannya. Aku memang tak mampu untuk habiskan.

Walaupun murah, rasanya memang sedap bila dimakan panas.

Oleh kerana Pn. Nurul tak berapa kenyang lagi, beliau memasan leher ayam goreng dan nuget ayam sebagai bekalan di dalam kereta kelak.

Aku tak berapa pasti lokasi kedai ini. Aku rasa masih dalam kawasan Wakaf Che Yeh. Kalau kau dari Wakaf Che Yeh, kau akan jumpa lampu isyarat. Ke kanan akan ke RTC Tunjong dan ke kiri akan ke Kuala Terengganu. Kedai ini berada di sebelah kiri.

Untuk lebih kepastian, kau boleh buka Google Maps dan cari EDDLEE FRIED CHICKEN. Juga kau boleh tengok gambar di bawah untuk pengecaman.


Ini ha kedainya. Kedak biasa sahaja. Tapi, ayam gorengnya luar biasa!


Suasanya dalam kedai. Tenang dan redup, walaupun di tepi jalan besar.


Ini chicken chop yang aku pesan. Makan dua orang pun boleh kenyang. Portion dia besar.


Ini chicken chopnya. Kentang putar awal awal lagi aku dah bedal. Sedap. Lain dari yang lain.


Menurut rakan-rakan Fecebook aku, kedai ini banyak cawangannya. Juga, harga RM7 itu dikira mahal jika di Kelantan. Ada chicken chop yang hanya RM4.50 sahaja di Kelantan.