Sunday, March 30, 2008

Orang Luar, Orang Dalam

Ni bukanya seluar luar dan seluar dalam. Ni pasal orang luar dan orang dalam. Huuhuhuhuhuhu


Aku terasa begitu hairan bilamana aku sampai ke Terengganu, orang Terengganu menganggap aku "orang luar" ataupun "outsider". Aku begitu hairan dan pelik dengan istilah ini. Seolah-olahnya aku tidak boleh dan tidak akan dapat bergaul dengan orang dalam (orang Terengganu la). Walhal tujuan aku ke Terengganu ni adalah untuk mendidik anak negeri Terengganu nih, tetapi aku rasa kehadiran aku macam tak dihargai. Ermm....

Kalau di Johor, setahu aku lah, tiada istilah "orang luar". Kalau pun ada orang Terengganu yang kerja di Johor, beliau tidak akan digelar orang luar, tetapi digelar sebagai "orang Terengganu".

Minta maaf la jika tulisan aku ni telah menyinggung perasaan orang Terengganu. Tapi ni hakikat! Aku pun rasa tersinggung juga sebab digelar "orang luar".

Pada aku sepatutnya tiada istilah "orang luar" atau "orang Terengganu" atau "orang Johor". Sebab kita semua kan spesis orang

p/s: Er...ada yang bukan "orang" ke yang membaca blog ni?

3 comments:

matahari said...

hmmm....berat soklan tu...mungkin pasl orang johor ni di panggil outsider sebab :-

die memang tak berasal dari trg...

satu lagi die bukan warganegeri trg...satu lagi sbb...memang seme orang luar dari trg ni die panggil orang luar, bukan nak membezakan atau ape, cme memang tu panggilan orang luar....tp kebnyakan orang johor ni...sosial sket..tp bukan kontrak sosial....

Anonymous said...

biasa la tu kak. dalam satu tandan yang baik, pasti ada 2 3 yang buruk. begitu juga sebaliknya. dn pada hemat kawan, kita tak boleh generalisaiskan sesuatu...

matahari said...

gene pe?...susah nak eja ngan bace....huahuahuahua...tp aku ade ramai gak kawan orang johor....ok je aku rase kawan ngan dorang....