Sunday, October 26, 2008

Mencari Hang Tuah

Minggu lepas aku ke Melaka. Bukan secara khusus untuk mencari Hang Tuah yang gagah (macam aku), tetapi kerana urusan kerja. Untuk ke Melaka dari Dungun , aku ke Kuantan dahulu, kemudiannya melalui Muadzam, Bahau, Serting, Gemenceh dan terus ke Ayer Keroh. jalan agak menyenangkan dari Dungun ke Muadzam, barangkali kerana aku terlalu biasa melaluinya untuk pulang ke Bandar Tenggara. Tetapi, jalan agak berliku selepas Bahau.

Aku menginap di Hotel MITC Ancasa. Kalau korang inginkan hotel yang bernilai untuk wang, MITC Ancasa seharusnya menjadi pilihan yang terakhir. Hotel tak seberapa, tapi caj yang dikenakan agak tinggi (pada aku la...). 

Sempat juga henpon cap kambing gurun aku mengambil gambar Menara MITC, bersebelahan dengan Hotel MITC Ancasa.

Bila malam menjelma,  aku menelifon sahabat lama aku, Rizam dan Pais yang memang menetap di Melaka. Aku katakan pada mereka, "Aku nak jumpa Hang Tuah". Lalu mereka membawa aku ke Hang Tuah Mall.

Cis! Pasti Hang Tuah sedey bila melihat namanya diabadikan di "Mall" yang sebegitu rupa. Kemudianya mereka membawa aku berjalan-jalan di sekitar Melaka. Lalu mereka membawa aku ke "Uptown Melaka". Cis! aku rasa pasar malam kat bandar Tenggara 10 kali besar dari "Uptown Melaka". Berhampiran "Uptown Melaka", terdapat roda ferris, "Eye of Melaka". Caj sekali naik roda ajaib itu, hanya RM5 sahaja.

Kemudian mereka membawa aku ke Dataran Ayer Keroh. Kalau nak lihat gadis-gadis seksi dan aksi ringan-ringan boleh saja korang ke sini.

Tapi, aku rasa kehidupan di Melaka pasti menyenangkan. Jalan cantik, makanan murah dan banyak tempat-tempat untuk menenagkan fikiran...

4 comments:

Anonymous said...

eye of melaka tu bukan eye of malaysia yang parking kat tasik titiwangsa dulu ke?

Anonymous said...

aah, memang betul la tu. tapi yang pelik, signboard eye of malaysia masih ada lagi di kl....

Anonymous said...

Eye of malaysia dah ada di melaka tapi belum dibuka untuk orang ramai lagi.

Yang ada time roshaizul pergi tu ialah eye of melaka. Rendah jer..

Kenapa tak bagi tau kat MITC Melaka? Kerja di situ je..tak jauh pun dari MITC ha ha ha ha

Anonymous said...

owh! ye ke? la..ni baru tau kak. len kali ah ek