Sunday, November 22, 2009

Kenderaan Amfibia Untuk Dijual



 Gambar di atas merupakan gambar muncung hadapan kenderaan amfibia yang hendak dijual. Bagi melihat gambar penuh kenderaan amfibia ini, boleh klik di sini.

Di darat, kenderaan amfibia ini mampu meluncur selaju 160km/j. Ini buktinya. Kalau di air, lagilah laju!!!

Memandangkan sekarang musim banjir, kenderaan ini amat sesuai di gunakan. Kenderaan ini telah banyak kali terapung meredah banjir di mersing, kluang, dungun, paka dan kerteh.

Kalau berminat, boleh hubungi aku. Harganya tidak kurang dari RM100,000.

Ada berani?

9 comments:

chentaMAYA said...

oh!
xnak beli lah!
hee~

mazudi said...

eehh... tenggelam air ker kereta kau?

roshaizul said...

chenta,
apsl pula? murah tu!

mazudi,
kereta aku tak tenggelam, tapi terapung!

adanz said...

musim ni bersepah keta amfibia nak juai, ko letak 100k tu melampau yg sangat... rm100 pun belum tentu orang mau tengok!

roshaizul said...

ya ke bro? tapi kenderaan aku ini sangat hebat!!

orangkayabertaqwa said...

Aku dah tengok.. Dah merasa naik tapi belum memandu lagi.. Hmm..
Kena fikir 13X179286 kali baru boleh buat keputusan nak beli atau tanak kereta amfibia ni..

roshaizul said...

jangan pikir lama-lama. nanti melepas

wanhamery said...

aku berani..aku nak beli rm100,001 tapi ko kena bagi baki rm100,000 balik...berani?

en_me said...

me takdok bra.. ehehe