Sunday, April 25, 2010

Bercakap Dengan Musang.

Tajuk ada ala-ala misteri.Bercakap Dengan Jin, karya Tamar Jalis.

Walaupun duduk di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu amat jarang rasanya untuk melihat rusa berkeliaran di dalam kampung. Maknanya, peribahasa "bagai rusa masuk kampung" tidak boleh diaplikasikan di kampung ini.

Tapi, itu tidaklah menghairankan kerana asalnya di kampung ini hanya ada sebatang pokok rhu, jadinya mengikut loghat Terengganu, kampung ini hanya ada pokok "rhu" "se" sahaja. Rhu-se lama kelamaan menjadi Rusa.

Alamak, aku sudah lari dari tajuk. Kalau cikgu Bahasa Melayu masa aku SPM dulu membaca karangan di atas, pasti beliau lemparkan sahaja karangan aku.

Telah lama sebenarnya musang bermaharaja lela di Kampung Pulau Rusa. Musang-musang ini telah membaham sekian banyak ayam kampung yang gebu di sekitar kampung ini. Lalu, pak sedara Pn. Nurul telah mengambil inisiatif memasang perangkap  Umpannya hanyalah pisang. Hasilnya, banyak musang-musang tumpas kerana tergoda dengan haruman  gadis-gadis comel  pisang.

Tapi, kali ini musang yang ditangkap merupakan musang yang terbesar pernah ditangkap. Lalu, ramai yang mengambil kesempatan bergurau, bercakap dan bergambar dengan musang tersebut.


p/s: Misteri bukan post kali ini.... Jadi, biarkan hidup anda diselubungi misteri .... (sambil tangan kanan didepangkan dengan lemah gemalai)

No comments: