Tuesday, April 13, 2010

Kini, Tiada Masalah Lagi!!!



Dunia sudah maju. Tamadun sudah tinggi. Akal sudah panjang. Juga, memandangkan pokok kayu banyak ditebang untuk dibuat kertas, kadang-kadang aku hanya mahu pelajar menghantar tugasan dalam melalui emel atau CD.

Akan tetapi, memandangkan aku ini buta IT, aku agak sedikit ketinggalan dalam teknologi perkomputeran. Bila mana orang sedang bercerita tentang Windows 7, aku baru sahaja memasang (install) Service Pack 3 untuk Windows XP aku. Juga, aku menggunakan Microsoft Office 2003 bila mana para pelajar aku menggunakan Microsoft Office 2007.

Terdapat banyak perbezaan ketara antara Office 2003 dan 2007. Paling mencuri tumpuan, antara muka (interface) dan extension fail. Misalnya, extension Word 2003 adalah *.doc, manakala Word 2007 adalah *docx. Perbezaan extension itu ternyata menyukarkan aku membuka fail Word 2007. Argh! Amat menyusahkan!

Namun, teknologi mambantu aku. Melalui enjin carian, aku terjumpa sesuatu yang semacam add-on atau codec untuk Office 2003 aku. Ini bermakna, aku tidak perlu memasang Office 2007 kedalam netbook aku. Cukup sekadar memasang perisian di bawah dan aku boleh membuka fail Word 2007 tanpa halangan lagi.

Kau boleh muat turun benda ajaib tersebut di sini.

No comments: