Sunday, April 01, 2012

Cek Nuffnag yang kesekian kalinya

Terkadang (bahkan, amat selalu) aku merasa kemalas-malasan untuk mengemaskini cerita dalam blog ini. Hal ini ditambah lagi dengan situasi dimana aku tidak pernah berjalan jauh semenjak tahun baru tempoh hari. Terasa kelesuan semakin bertambah berkadar terus dengan hari kerana kurang cuti dan rehat.  Huhuhuhuhuh

Atas dasar kelesuan itulah, aku merasa kemalas-malasan untuk mengemaskini blog ini. Akan tetapi, tempoh hari aku mendapat cek, hasil dari iklan yang tak seberapa di blog ini.


Cek tersebut semacam menjadi mangkin kepada aku untuk terus mengemaskini blog ini. Untuk rekod ini sudah kali kesembilan aku mendapat cek dari nuffnag sejak 2009.

Petua yang sangat mudah untuk kau menarik trafik ke blog kau >>> update blog setiap hari!!! Kalau boleh sekerap kau update status kau di FB. :-)

1 comment:

orangkayabertaqwa said...

ye. kau ada bakat & tulisan kau santai utk dibaca. cuma kau perlu rajin update blog kau SETIAP HARI!