Friday, June 07, 2013

Roti Tempayan Dungun

Ini, merupakan post kali ketiga aku menceritakan mengenai roti tempayan. Kesemuanya di Terengganu, tapi, berlainan kawasan. Barangkali aku mempunyai penyakit gila nombor 49: suka post cerita roti tempayan. Hahahaha

Sebelum ini aku bercerita tentang roti tempayan di Gong Balai dan Line Clear Kelulut. Tapi, sebenarnya roti tempayan ada juga di Dungun. Malang sungguh nasib aku kerana lambat mengetahui. Hayish!

Kedai ini terletak di tepi jalan besar Kuantan-Kuala Terengganu. Tapi, dalam kawasan Dungun. Lebih spesifik, ia terletak antara lampu isyarat Shell baru Dungun dengan lampu isyarat ke UiTM Dungun. Kalau kau dari Kuantan, kedai ini terletak di sebelah kiri kau.

Kedai ini berkembar dengan rumah penduduk. Sebelahnya lagi satu juga rumah penduduk. Dan sebelah rumah penduduk itu ada kedai makan yang lain. Kedai ini agak suram pencahayaannya. Jadi kau kena sangat awas tatkala mencari kedai ini.






Roti tempayan dia memang sedap, walaupun dimasakkan menggunakan dapur gas, bukan arang. Sedap sikit dari dua kedai sebelum ini. Kari kambingnya pula biasa-biasa sahaja. Kalau yang tak tahan bau kambing, pasti akan terjeluak!






Tempoh hari, aku pergi ke kedai itu bersama Pn. Nurul. Memandang beliau anti kambing, dan kurang gemar roti tempayan yang dicicah dengan lain-lain kari, beliau memilih untuk memakan Mee Udang. Mee udangnya bukan sekadar nampak sedap. Tapi memang sedap! Tanpa sedar aku telah mengahabiskan separuh mee itu apabila ditawarkan oleh Pn. Nurul untuk merasa mee tersebut.



Selain Mee Udang, ada juga Char Kuew Tiow, Nasi Lemak dan semua jenis masakan panas. Jadi kedai ini memang banyak pilihan.

Kalau kau tak faham lokasi kedai yang aku ceritakan, boleh saja kau menelifon kedai itu ditalian 0179897791.

No comments: