Monday, January 02, 2017

Tempat Makan Terbaik di Kuala Terengganu: Nasi Kerabu dan Mee Jawa Losong

Mulanya aku tak tahu kenapa orang luar Johor panggil mee Jawa. Sebab aku yang Jawa dan asal Johor panggil makanan itu mee rebus. Tapi, aku ada huraikan tentang perbezaannya di sini.
<<< Beza mee rebus Johor dengan mee rebus Terengganu >>>

Dulu, kerap aku makan mee Jawa ni di kedai Selera Selatan. Mee Jawa di kedai tu sangat minimalis. Hanya mee, tauge sedikit daun bawang serta bawang goreng. Yang mewah adalah kuahnya. Pekat dan berdaging. Memang citarasa mee Jawa yang asli. Mee Jawa yang terbaik di Terengganu pada aku. Dan ia satu-satunya kedai menjual mee Jawa di Dungun; mengikut pengetahuan aku.

Sayangnya kedai itu sudah tutup. Aku rasa sudah 2 tahun. Sejak itu aku semakin ketagih mee Jawa. Aku hanya dapat menikmati hanya tatkala pulang ke Johor. Bersepah kedai menjual mee Jawa a.k.a mee rebus.

Entah macam mana, pada suatu hari semasa aku melalui Jalan Sekolah Sultan Ahmad di Losong, Kuala Terengganu, aku ternampak banner "MEE JAWA UDANG". Fuh, tengok banner je dah ngences air liur aku. Terus aku menanam impian untuk menikmati mee Jawa di kedai itu.



Ditakdirkan aku ke kedai itu dua malam yang lepas. Buka setakat mee Jawa, banyak lagi menunya.


Aku terus order mee Jawa dia. Fuh! Terubat rindu. Walaupun kurang sikit berbanding Selera Selatan atau Johor, tetapi ia tetap sedap. Menghirup juga aku hingga titisan kuah terakhir.



Selain itu, ada juga Char Kuew Tiow. Pun sedap juga. Manis pedas semua cukup.

Mee sup dia pun sedap. Sesedap rasa.

Dan, signature dish kedai itu, Nasi Kerabu tidak mengecewakan. Harganya hanya RM4 sahaja. Macam tak sepadan dengan kualiti dan kesedapannya.

Kedai ini terletak di Jalan Sekolah Ahmad, Losong, Kuala Terengganu. Malas cerita panjang, dalam Google Maps kau boleh cari "NASI KERABU LOSONG".







 Ha, apa lagi? Pergi start enjin kereta. Hohohohoho

3 comments:

marinahunny said...

Pernah dgr org kata kedai ni sedap mi jawa. Belom penah try dan teringin sgt. Satu lg mk jawa sedap di kedai jln gong kapas. Mmg terbaikk mi jawa nya. Btw kalau saya balik dungun selalu intai kedai selera selatan tu tp x pernah bukak. Rupanya dah tutup ye

nizam said...

Ramai juga yang kata mee jawa gong kapas tu sedap. Tapi tiada kesempatan untuk pergi. Lagipun, dia tak buka hari cuti. :-)

marinahunny said...

Ye betul. Weekdays org ramai sokmo waktu 9-10 am. Nk dtg eloklah dlm pkul 10. Kalau x berdiri tggu kusi hahha.